Friday 24 March 2023

Minggu Orientasi 2023

Sesi persekolahan tahun 2023/2024 bermula dengan minggu orientasi. Suatu pendekatan baharu yang cuba diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara peribadi, saya menyambut baik sarana ini. It is a long awaited policy. Selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dimana salah satu tunjang utamanya membentuk keperibadian murid. 

Kelihatan santai dengan aktiviti dan program di peringkat sekolah, namun secara psikologinya, murid dapat mempersiapkan diri dengan sesi persekolahan seterusnya. Tidak terburu-buru memulakan kelas akademik sepertimana sebelum ini. 

Dalam pada itu, guru-guru juga berpeluang berinteraksi dengan ibu bapa yang hadir sama sepanjang minggu. Tambahan, sekolah kami mengadakan sesi gotong royong menghias kelas. Cocok pada saat dan waktunya. Ibubapa kini tahu realiti kekurangan fasiliti yang dihadapi warga sekolah hingga ada yang sanggup mengeluarkan duit poket sebagai belanja menghias kelas. 

Secara keseluruhannya, program ini saya percaya merupakan satu permulaan yang baik. It's a good start for an amazing year ahead. Berkemungkinan ada kekurangan dan kelompongan sepanjang penganjuran, namun, sebagai 'pilot project' ianya berjaya set a new benchmark. Kita mengharapkan ada penambahbaikan di masa akan datang bilamana ianya menjadi tradisi dan kelaziman setiap awal sesi persekolahan. 

Foto: Aktiviti akhir, Saya Suka Origami yang diajar oleh Guru-guru Cilik, Arshad dan Amirah - Kelas 5 Cendekia.