Showing posts with label o f . c h a l k . & . t a l k. Show all posts
Showing posts with label o f . c h a l k . & . t a l k. Show all posts

Friday, 24 March 2023

Minggu Orientasi 2023

Sesi persekolahan tahun 2023/2024 bermula dengan minggu orientasi. Suatu pendekatan baharu yang cuba diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Secara peribadi, saya menyambut baik sarana ini. It is a long awaited policy. Selari dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Negara dimana salah satu tunjang utamanya membentuk keperibadian murid. 

Kelihatan santai dengan aktiviti dan program di peringkat sekolah, namun secara psikologinya, murid dapat mempersiapkan diri dengan sesi persekolahan seterusnya. Tidak terburu-buru memulakan kelas akademik sepertimana sebelum ini. 

Dalam pada itu, guru-guru juga berpeluang berinteraksi dengan ibu bapa yang hadir sama sepanjang minggu. Tambahan, sekolah kami mengadakan sesi gotong royong menghias kelas. Cocok pada saat dan waktunya. Ibubapa kini tahu realiti kekurangan fasiliti yang dihadapi warga sekolah hingga ada yang sanggup mengeluarkan duit poket sebagai belanja menghias kelas. 

Secara keseluruhannya, program ini saya percaya merupakan satu permulaan yang baik. It's a good start for an amazing year ahead. Berkemungkinan ada kekurangan dan kelompongan sepanjang penganjuran, namun, sebagai 'pilot project' ianya berjaya set a new benchmark. Kita mengharapkan ada penambahbaikan di masa akan datang bilamana ianya menjadi tradisi dan kelaziman setiap awal sesi persekolahan. 

Foto: Aktiviti akhir, Saya Suka Origami yang diajar oleh Guru-guru Cilik, Arshad dan Amirah - Kelas 5 Cendekia.







Wednesday, 1 August 2018

Dikir


Kadangkala kita lupa pada upaya seni dan budaya bangsa dalam menyubur syiar dakwah melalui tiap bait dan kata berunsur nasihat. Tidak hanya irama padang pasir yang berselang bahasa Arab, serta irama moden berwajah nasyid mampu mendukung citra Islami. Kerana kita juga punya khazanah bangsa yang subur dengan pesan-pesanan membentuk akhlak dan budi pekerti. 

HM

Kelab Kebudayaan | Dikir Barat | Wau Bulan | 2018